top of page

Kerajaan BN tidak prihatin nasib peniaga kecil menjelang Thaipusam - Dr Gunaraj George



Kerajaan BN diminta untuk mempertimbangkan dasar yang lebih sesuai untuk para peniaga kecil ketika perayaan Thaipusam tahun ini.


Menurut Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar Selangor itu, pengumuman Prosedur Operasi Piawai (SOP) pada saat akhir untuk tidak membenarkan gerai jualan sementara dalam apa-apa bentuk, untuk promosi atau jualan dalam kawasan kuil atau di luar kuil yang dibuat baru baru ini, dilihat menindas para peniaga kecil yang telah membuat persiapan awal.


Katanya, para peniaga kecil ini telah mengeluarkan modal bagi membuat persiapan membeli barang niaga tetapi akhirnya Kerajaan tidak membenarkan perniagaan dijalankan.


"Sudah pasti, kesempitan dan cabaran ekonomi ketika Perintah Kawalan Pergerakan sejak 2 tahun lalu memberi impak sangat besar kepada para peniaga kecil ini.


"Inilah masanya mereka ingin kembali bangkit untuk mendapatkan sedikit pendapatan melalui perayaan tahunan. Setelah lebih 2 tahun negara dilanda Covid 19, masyarakat sudah sedia maklum tentang kepatuhan terhadap SOP Covid 19.


"Jika gagal mematuhi sudah pasti denda dan hukuman setimpal akan dikenakan. Oleh yang demikian, peniaga kecil ini harus dibenarkan berniaga dengan kawalan oleh agensi penguatkuasa berkaitan," katanya.


Ahli Dewan Negeri Sentosa itu juga menyarankan agar Kerajaan Persekutuan lebih prihatin dan membentuk task force bagi menyelesaikan masalah melibatkan peniaga peniaga kecil berkenaan.


"Saya sarankan, Kerajaan membuat “Thaipusam Task Force” yang melibatkan pemegang taruh daripada gabungan NGO Hindu Malaysia dan Persatuan Peniaga Kecil.


"Perbincangan khusus bersama pemegang taruh ini sangat penting bagi mendapatkan satu keputusan yang lebih holistik. Saya berharap YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique melihat perkara ini dengan terbuka dan bersedia untuk membuat satu keputusan yang lebih adil kepada para peniaga kecil dan masyarakat Hindu," katanya.


Selain itu, Dr Gunaraj mengkritik tindakan mengehadkan penganut Hindu yang boleh beribadat di kuil besar seperti di Batu Caves. Menurutnya tindakan itu hanya akan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penganut agama berkenaan.


"Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia. Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan Kuil tumpuan utama penganut Agama Hindu.


"Dengan SOP yang telah dikeluarkan yang hanya menghadkan kepada 6,000 orang penganut sehari untuk upacara sembahyang dianggap kurang munasabah dengan keadaan keluasan kawasan tersebut.


"Kehadiran penganut untuk upacara sembahyang di kuil-kuil lain yang dibenarkan juga perlu dikaji semula dengan membenarkan lebih ramai penganut untuk hadir mengikut keluasan kuil tersebut di samping pematuhan SOP yang ketat," katanya lagi.


Pada 12 Januari lalu, Menteri Perpaduan Negara telah mengumumkan SOP perayaan Thaipusam.


Namun, terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk dikaji semula kerana telah memberi kegusaran kepada masyarakat Hindu dan para peniaga kecil yang berniaga secara bermusim.


0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page