Kerajaan BN tidak bermoral hadiahkan Najib hartanah RM100 juta - Anwar



Tindakan kabinet kerajaan BN memutuskan secara sebulat suara untuk menghadiahkan bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak sebuah hartanah bernilai RM100 juta dianggap sebagai tidak masuk akal.


Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan kabinet itu amat tidak bermoral memandangkan bekas PM tersebut telah menyebab imej negara buruk di mata dunia serta tidak sesuai diberi penghargaan.


"Mengejutkan tatkala mendapat pengesahan daripada Menteri Kewangan bahawa Kabinet sebulat suara telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang dianggar bernilai RM100 juta.


"Perkara ini tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada kami dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan.


"Pada saat rakyat sedang menderita, para doktor kontrak masih tidak jelas nasib mereka, anak-anak B50 berdepan pelbagai rintangan dan halangan untuk belajar, begitu ramai rakyat Malaysia yang hilang pendapatan, tempat tinggal, malah juga nyawa, tindakan Kabinet ‘menghadiahkan’ tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata keputusan yang paling tidak bermoral dan langsung tidak masuk akal," kata Anwar.


Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, rakyat tidak lupa bagaimana Najib menghadiahkan negara dengan skandal penyelewengan dana kerajaan yang amat besar melalui 1MDB dan tidak selayaknya PM itu diberi hadiah mengenang jasa.


"Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Ahli Parlimen Pekan mengakibatkan kerajaan dan rakyat terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1MDB.


"Malah beliau sehingga hari ini tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri," katanya.


Anwar tuurt memberi amaran, Pakatan Harapan tidak akan teragak-agak untuk mengkaji semula memorandum kerjasama yang ditandatangani pada 13 September lalu menanggapi keputusan oleh kabinet BN tersebut.


"Keputusan yang amat mengejutkan ini memaksa kami untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER