top of page

Kerajaan BN-PN gagal bawa kestabilan di Negeri Sembilan?

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
52 minutes ago
1 min read

Suhu politik di Negeri Sembilan kembali panas apabila polemik melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Umno dan isu berkaitan institusi diraja kini mencetuskan pelbagai tafsiran politik.


Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Raihan Md Idris, perkembangan yang berlaku di negeri beradat itu menggambarkan 'wajah sebenar' Umno-BN apabila berdepan percaturan mendapatkan kuasa.


"Inilah rupa sebenar Umno-Barisan Nasional (BN) apabila nak berkuasa. Sanggup lakukan apa saja demi kuasa.


"Masa Pilihan Raya Negeri ke-16, janji akan selesaikan isu adat, tetapi dalam diam bersekongkol untuk mendapatkan kuasa.


"Mungkin hari ini mereka cuba menunggang isu Datuk Seri Najib, tapi hakikatnya satu ketika dulu mereka juga yang paksa Najib bertanggungjawab atas kekalahan (pada) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya.


Baru baru ini, Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim pula menegaskan dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Tuanku Muhriz yang beliau tandatangani dibuat tanpa kerelaan hatinya.


Rakyat Negeri Sembilan bertambah keliru dengan kerajaan yang baharu mereka beri mandat pada bulan lalu. Bukan keadaan lebih baik daripada pemerintahan MB Pakatan Harapan sebagaimana dijanjikan sewaktu kempen, namun situasi politik di Negeri Sembilan semakin buntu dan kelihatan tiada jalan penyelesaian.


Kelmarin, MB Ismail menafikan dakwaan pembabitan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz.


Beliau berkata, pihaknya sentiasa menyokong Presiden Umno serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page