Kerajaan BN gagal kawal harga barang - PH



Kerajaan BN kelihatan tidak mampu mengawal harga bahan mentah makanan pada bulan Ramadan dan dikhuatiri akan menjejaskan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam.


Alasan perang Rusia dan Ukraine yang biasa didengar sejak sebulan lalu juga tidak boleh digunakan sebagai dalih kerana terdapat bahan bahan mentah yang mengalami kenaikan tersebut dihasilkan di Malaysia.


Menurut Jawatankausa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH), kerajaan seharusnya mengawal segera harga barang yang melambung kerana hal itu menyukarkan lagi kehidupan rakyat yang baru hendak pulih daripada pandemik Covid 19.


"Jawatan kuasa Kos Sara hidup menggesa agar Kerajaan supaya bertindak segera mengawal harga barang yang melonjak di luar kawalan sekarang.


"Sebagai contoh, tepung gandum kini dijual pada harga RM3 sekilo, 50 sen lebih mahal. Susu pekat dijual RM3.80 iaitu 60 sen lebih mahal.


"Begitu juga cili padi kini dijual RM25 sekilo. Sebelum ini harganya RM17 sekilo," kata kenyataan jawatankuasa terbabit.


Mengenai harga ayam yang telah dijadikan harga kawalan sejak sekian lama, jawatankuasa itu hairan kerana harga yang ditetapkan kerajaan tidak boleh dijual oleh peruncit.


"Kerajaan juga kelihatan gagal mengawal harga ayam di pasaran. Hari ini, ayam dijual RM10.50 sekilo melebihi harga kawalan yang ditetapkan pada RM8.90 sekilo," kata mereka.


Tambah Jawatankuasa itu lagi, kemungkinan kerajaan gagal mengimport atau menyediakan bekalan ayam bulat secukupnya di pasaran.


Namun mereka menegaskan, menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk memastikan harga barang pada kadar yang berpatutan dengan apa cara sekali pun.


"Kami bagi pihak PH menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna supaya segera menjalankan penguatkuasaan yang menyeluruh di seluruh negara," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang, KEADILAN); Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH); Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP); Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN); Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP); Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP); Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, AMANAH); Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP) dan Puan Norhayati Bachok (Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani, AMANAH).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER