top of page

Kerajaan bincang dengan Nepal untuk lanjutkan pencarian Hawari



Rundingan bagi melanjutkan tempoh pencarian Muhammad Hawari Hashim yang hilang ketika turun dari Everest sedang diadakan antara kerajaan Malaysia dengan pihak berkuasa Nepal.


Timbalan Presiden Kelab Eksplorasi Altitud, Murshid Maktab dipetik laporan media berkata perbincangan bagi mencari Muhammad Hawari yang juga pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran turut dijalankan dengan operator pendakian Everest.


"Buat masa ini rundingan melibatkan Kedutaan Malaysia di Nepal masih lagi berjalan (dengan kerajaan Nepal dan operator Everest).


"Kalau rundingan itu berjaya, pencarian mungkin akan ditambah 10 hari lagi," katanya dipetik Astro AWANI.


Muhammad Hawari dilapor hilang ketika turun selepas berjaya menawan puncak Everest pada 18 Mei lalu.


Mangsa merupakan anggota kumpulan sama yang menyertai Malaysia Everest 2023 (ME 2023) bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lot Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia ketika misi menakluk Everest pada ketinggian 8,000 meter.


Aktiviti pendakian ke kemuncak tertinggi dunia itu akan ditutup secara rasmi hari ini dan hanya akan dibuka semula pada tahun depan.


Keluarga Muhammad Hawari sebelum ini berharap tempoh misi pencarian (SAR) dapat dilanjutkan sehingga dia ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.


Kerajaan memperuntukkan RM1.48 juta bagi usaha mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari.


Menurut Murshid beberapa peralatan teknologi termasuk dron yang berupaya mengesan haba dijangka tiba di Nepal hari ini bagi membantu misi mencari.


Keseluruhan tenaga operasi percarian selepas ini jelasnya akan bertumpu di satu-satu kawasan misalnya ke kem empat, kemudian ke kem tiga, kem dua dan satu.


"Sekarang kita luaskan (operasi) kepada jurang-jurang termasuk celahan bongkah dan sebagainya," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page