top of page

Kerajaan beri sumbangan RM400 ribu ke Maktab Mahmud, Kedah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 29
  • 2 min read

Dato' Zulkifly (kiri sekali) turut mewakili Maktab Mahmud menerima sumbangan dari Menteri. Foto ihsan BH
Dato' Zulkifly (kiri sekali) turut mewakili Maktab Mahmud menerima sumbangan dari Menteri. Foto ihsan BH

Kerajaan Persekutuan memberi sumbangan sebanyak RM400,000 kepada Maktab Mahmud di Kedah.


Sumbangan tersebut disampaikan melalui Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang berkata sebahagian RM300,000 diberi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bakinya dari Kementerian Pendidikan (KPM).


Katanya, sumbangan itu boleh digunakan oleh Maktab Mahmud untuk mengekalkan pencapaian cemerlang pelajarnya seperti ditunjukkan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Khamis lalu.


"Saya mengucapkan tahniah kepada Kedah kerana mencapai keputusan cukup baik dalam peperiksaan SPM yang diumumkan dan sebahagian sekolah di negara ini yang mencapai keputusan cemerlang adalah dari Kedah.


"Saya ambil maklum pelajar Maktab Mahmud juga sentiasa menjadi antara penyumbang Gred Purata Negeri yang sangat baik, jadi diharapkan anak-anak kita dapat meneruskan kecemerlangan mereka," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Rumah Maahad Alumni Maktab Mahmud.


Dalam pada itu Dato' Dr Zulkifly Mohamad yang juga mantan Ketua Cabang KEADILAN Pendang selaku Yang Dipertua Persatuan Alumni Maktab Mahmud dianggap sebagai tulang belakang dalam menggerakkan Persatuan Alumni Maktab Mahmud (PAMM) dan menerajui pembelian bangunan milik Alumni yang dirasmikan itu.


"Terima kasih kepada Dato' Dr Zulkiply selaku Yang Dipertua Persatuan Alumni Maktab Mahmud dan sahabat-sahabat urusetia yang menjadi tulang belakang dalam menggerakkan Persatuan Alumni Maktab Mahmud (PAMM), menerajui pembelian bangunan milik Alumni, menganjurkan rumah terbuka serta mengadakan majlis perasmian Darul Maahad," kata muat naik dari akaun Facebook Qutren Nada Ahmad yang merupakan sebahagian daripada tenaga pengajar dan pengurusan maktab.


Maktab Mahmud mempunyai sejarah sentimental kepada PM Anwar dalam bidang pendidikan sejak beberapa dekad lalu ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.


Hal itu diakui dalam ucapan Fadhlina yang mengimbau PM pernah melakukan lawatan ke Maktab Mahmud kira-kira 40 tahun lalu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page