top of page

Kerajaan beri pinjaman, geran buat peserta IPR



Peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan diberi geran dan bantuan untuk menambah pendapatan mereka.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun berkata skim IPR hampir sama seperti skim Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) yang terdapat di negeri ditadbir beliau.


"Kerajaan Negeri ingin bersama (dalam pelaksanaan IPR). (Di Negeri Sembilan) yang ingin berniaga kita beri TUNS geran, beri TUNS plus, akhirnya kita beri ekstra.


"Geran RM3,000, pinjaman RM5,000, kita juga ada bantuan pertanian. Kita minta belia tani dan juga graduan tani untuk sama sama bangunkan pertanian di Negeri Sembilan.


"Banyak juga bantuan kita berikan dan juga berikan pinjaman sehingga RM50,000 dengan Bank Pertanian tanpa faedah. Untuk merubah miskin tegar (di bandar) kita minta mereka balik, yang di bandar balik buat rumah di kampung dengan pinjaman RM75,000 dan bangunkan kampung dengan pertanian dengan tanpa faedah.

"Ini antara sebahagian apa yang Kerajaan Negeri cuba lakukan bagi memastikan dalam keadaan kita tangani kemiskinan kita nak rakyat berubah dan hari ini cuba lakar lagi mereka jadi usahawan," katanya.


Menurut beliau, skim IPR yang dilancarkan hari ini membuktikan kerajaan bukan hanya beretorik tetapi mahu rakyat berubah ke satu tahap lain dengan usaha mereka dan bantuan yang diberikan kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page