top of page

Kerajaan bentuk jawatankuasa khas tangani masalah buli - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 29
  • 1 min read
Masalah buli akan ditangani melalui jawatankuasa khas pelbagai kementerian dan agensi
Masalah buli akan ditangani melalui jawatankuasa khas pelbagai kementerian dan agensi

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan akan membentuk satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah buli yang berlaku di negara ini, maklum Datuk Fahmi Fadzil.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, jawatankuasa khas tersebut akan mengumpulkan pelbagai kementerian dan agensi bagi menyelaras beberapa perkara selepas beberapa pindaan dibuat termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseksaan.


''Selain itu (ada) cadangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang‑Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk membentuk sebuah Tribunal Anti Buli.


''Ia juga akan mengambil kira aspek-aspek prosedur operasi standard (SOP) bagi asrama dan yang seumpamanya.


''Mesyuarat pertama bagi jawatankuasa khas itu akan diadakan pada 2 September nanti dan dipengerusikan oleh Azalina,'' katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di Putrajaya hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page