top of page

Kerajaan belum bincang laksana penyasaran subsidi RON95 - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23, 2024
  • 1 min read

ree

Isu pelaksanaan penyasaran subsidi membabitkan bahan api petrol RON95 tidak berbangkit ketika ini, tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin menegaskan, ketika ini kerajaan mengutamakan pemahaman orang ramai mengenai penyasaran subsidi diesel.


"Perkara itu belum dibincangkan. Kita akan uruskan isu diesel dahulu, beri kefahaman betul, sebab kadang-kadang (ia) dipusingkan.


"Saya beritahu, kalau betul-betul ada masalah dengan diesel beritahu (kerajaan), (kita) tidak mahu bebankan rakyat. Tetapi kalau tak buat, hasil tak bertambah, hutang bertambah," katanya dipetik.


Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam 10 Jun lalu.

Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.


Anwar berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi adalah antara usaha dan inisiatif komprehensif dilakukan kerajaan untuk merangkumi spektrum lebih meluas bagi membantu mengurangkan pinjaman tahunan kerajaa.


Selain itu pelbagai langkah sedang diambil kerajaan untuk meningkatkan hasil termasuk perbelanjaan berhemat dan peminjaman untuk tujuan pembangunan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page