top of page

Kerajaan belanja besar baiki perumahan bertingkat kos rendah, sederhana



Kerajaan pada setiap tahun terus memberi peruntukan untuk membaiki kemudahan di perumahan bertingkat, sama ada milik swasta atau pun awam bagi menyediakan keselesaan kepada rakyat.


Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Ramanan Ramakrishnan (PH-Sungai Buloh) yang menyoal mengenai peruntukan pembaikan, terutama untuk perumahan awam bertingkat.


"Negara melaksanakan usaha bagi perumahan swasta bertingkat, untuk menyelenggara dan membaikpulih kediaman melalui Tabung Penyelenggaraan Merumahan Malaysia (TPPM) dan Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP)


"TPPM adalah untuk membaikpulih dan menyelenggaran program perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah swasta manakala PPP adalah inisiatif bagi membaik pulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah awam


"Kedua dua program ini meliputi perumahan berstrata bertingkat seluruh negara, kecuali Wilayah Persekutuan dan merangkumi 10 skop, iaitu membaiki atau mengganti lif, ganti tangki air, membaiki atau mengganti paip sanitari, membaiki atau mengganti bumbung, membaiki tangga dan susur tangan, mengecat semula bangunan dan harta bersama, membuat pendawaian elektrik, membaiki atau mengganti kemudahan awam harta bersama, mengganti atau membina pagar dan membuat pembaikan cerun di kawasan pemajuan," katanya di Dewan Rakyat sesi pagi.


Bagi tahun 2024 pula, kata Akmal, Kerajaan Madani telah menambah 10% perutukan senggaraan dan baik pulih bagi menjamin lebih keselesaan disediakan kepada rakyat yang menghuni, terutama golongan B40 dan M40 bawahan.


"Pada 2023 KPKT menerima peruntukan RM90.4 juta, iaitu RM44.4 juta di bawah TPPM dan 46 juta di bawah PPP. Peruntukan ini telah disalurkan kepada PBT atau Kerajaan Negeri bagi membaik pulih sebanyak 850 projek.


"Pada 2024, kerajaan salur peruntukan RM100.4 juta, meningkat 10%. KPKT akan meneliti setiap permohonan dikemukakan (untuk sebarang projek)," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page