
Kerajaan sentiasa peka dengan kehidupan bekas atlet yang berjasa kepada negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim (PH - Hang Tuah Jaya) berkata pelbagai usaha dilakukan oleh Yakeb untuk memastikan bekas atlet boleh meneruskan kehidupan yang selesa selepas tidak lagi bergelar atlet negara.
"Tugas menjaga bekas atlet negara termasuk bekas atlet kurang upaya di bawah penyeliaan Yayasan Kebajikan Atlet Negara (Yakeb). Yajasan ini ditubuhkan pada 25 Julai 2007 di bawah Akta Syarikat.
Di awal penubuhan, 150 bekas atlet telah mendaftar keahlian. Kini jumlahnya meningkat hampir 3,000 orang
Matlamat utama Yakeb adalah menjadi platform untuk dapatkan bantuan rawatan perubahan, sokongan perubatan, bantuan musibah bencana alam, khairat kematian, bantuan bulanan dan juga bantuan berkaitan pendidikan untuk memastikan bekas atlet berdikari.
"Pihak Yakeb telah menganjurkan seminar dan kursus yang mampu membatu membina kerjaya mereka," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Doris Sophia anak Brodi (PRS - Sri Aman)
Menurut Adam Adli lagi, Yakeb juga telah menjalankan pelbagai kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memberi kursus dan bimbingan sesuai kepada para bekas atlet.
"Pada 24 - 28 Julai 2023, Yakeb dengan kerjasama Institut Sukan Negara menganjurkan kursus Kejurulatihan Sains Sukan peringkat 2 untuk bekas atlet mengembangkan kerjaya sebagai jurulatih.
Yakeb bekerjasama dengan Yayasan Hasanah untuk menganjurkan pelbagai kursus kemahiran dan keusahawanan dengan ilmu kemahiran agar mereka bersedia masuk pasaran kerja dan perniagaan sendiri.
Kerjasama dengan pihak Prolintas pula pihak Yakeb telah membuka peluang untuk altelt menjadi jurulatih membimbing anak anak sekolah istimewa termasuk anak anak daripada gelandangan dari sekolah bimbingan kasih di Chow Kit. Program bermula pada Julai 2023," katanya lagi.
Comments