Kerajaan bazir RM2.3 juta bayar gaji kakitangan duta bertaraf menteri



Jawatan duta bertaraf menteri yang tidak sepatutnya wujud pada ketika negara kekurangan dana berhadapan pandemik Covid 19, tetapi telah diwujudkan pada era pentadbiran Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin yang lalu.


Pelantikan itu lebih kepada menjamin kesetiaan pemimpin parti-parti komponen Perikatan Nasional agar setia menyokong kerajaan.


Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir telah mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri dalam sesi sidang Parlimen untuk mendapatkan maklumat berapakah kos yang dikeluarkan kerajaan menampung operasi duta-duta bertaraf menteri yang dilantik.


"Saya telah minta PM menyatakan jumlah kos termasuk saraan, elaun, pejabat dan staf bagi Duta-Duta Khas bertaraf Menteri iaitu Datuk Seri Hj Hadi Awang (Marang), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Datuk Seri Richard Riot (Serian) dari tahun 2020 sehingga 2021.


"Berdasarkan jawapan yang dikemukakan dalam Parlimen, secara purata kerajaan membelanjakan lebih RM48,000 sebulan untuk bayaran keseluruhan staf bagi setiap MP bertaraf Menteri tersebut.


"Itu bermaksud kita telah berbelanja lebih daripada RM2.3 juta untuk pejabat 3 orang Duta Khas bagi tempoh 16 bulan," katanya.


Tiga orang duta bertaraf menteri yang tidak jelas bidang tugasan mereka

Oleh itu, Akmal mewakili AMK menentang keras pelantikan jawatan yang tidak perlu tersebut dan mahu PM sedia ada memikirkan semula untuk tidak meneruskan khidmat ketiga-tiga duta terbabit.


"AMK kekal dengan pendirian bahawa lantikan itu merupakan satu bentuk pembaziran, iras ‘scheme of things’ dan tanpa hasil yang jelas.


"Ini (kos yang dikemukakan) belum termasuk tambahan gaji duta-duta taraf menteri itu sendiri," sinisnya


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER