Kerajaan memberikan bantuan khusus untuk memulihkan koperasi bermasalah bagi menjadikan sektor koperasi sebagai salah satu cabang utama ekonomi rakyat.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (Kuskop) Datuk R. Ramanan berkata, kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ketika ini giat membantu koperasi, terutama yang diketegorikan sebagai kluster mikro untuk diuruskan dengan sebaik baiknya bagi menjana pendapatan.
Ujarnya berdasarkan perangkaan, pada Disember 2023 terdapat sebanyak 13,304 koperasi dalam kluster mikro di mana perolehan tahunan koperasi tersebut di bawah RM200,000, manakala yang tidak aktif pula sebanyak 1,596 koperasi.
"Antara inisiatif dan program yang telah dilaksanakan SKM untuk meningkatkan keupayaan koperasi mikro adalah memberi bimbingan dan khidmat nasihat pengurusan rekod, khusus kepada koperasi mikro melalui program pemerkasaan koperasi mikro.
"Program ini melibatkan 4,051 koperasi dengan peruntukan berjumlah RM1.4 juta sejak tahun 2021 hingga kini. Ini khidmat bimbingan untuk mereka menjaga akaun dan juga mengadakan mesyuarat agung tahunan
"Selain itu, melaksanakan program bantuan perakaunan dan pengauditan pakar merangkumi bantuan menyediakan akaun dan pengauditan kepada koperasi mikro yang melibatkan 500 koperasi, dengan peruntukan RM1.06 juta sejak 2020 hingga kini
"Kerajaan mengutamakan program pemulihan koperasi tidak aktif, khusus bagi koperasi yang berpotensi untuk dimajukan serta yang mempunyai aset," katanya menjawab soalan Senator Lim Pay Hen.
Tambah beliau, antara program yang dilaksanakan adalah memulihkan koperasi dengan menyediakan geran di bawah program pengukuhan melibatkan 65 koperasi dengan peruntukan berjumlah RM3.51 juta pada 2022 dan tahun 2020.
Juga, katanya, padanan perniagaan serta jaringan kerjasama termasuk produk jualan melalui usahasama dengan syarikat lain yang berpotensi.
Kommentare