top of page

Kerajaan bakal dedah laporan taskforce FELDA selepas dimuktamadkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi komitmen untuk mendedahkan laporan pasukan petugas khas atau 'taskforce' berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kepada umum.


Menurutnya, laporan tersebut sedang disediakan dan dijangka akan disiapkan dalam masa beberapa bulan lagi dan didedahkan sebaik ia disiapkan.


"Kita sudah dedahkan isu Tabung Haji. Apabila laporan task force FELDA siap dalam masa beberapa bulan lagi, kita akan keluarkan pula. Baca (laporan) pasal FELDA ini," katanya dipetik dalam satu acara di Jempol malam tadi.


Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan lalu.


Menurutnya, tindakan tersebut juga merupakan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berpandangan bahawa Kerajaan Persekutuan dan negeri seharusnya bergerak seiringan.


Katanya, ia bagi memudahkan kerja terutamanya dari segi aspek kebajikan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page