top of page

Kerajaan baik pulih 6 kemudahan kesihatan terjejas banjir



Enam kemudahan kesihatan yang terjejas akibat banjir di Johor akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.


Jaminan itu diberikan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas mengadakan lawatan di Klinik Desa (KD) Kampung Tengah di Segamat semalam.


"Jumlah kerosakan kita anggarkan RM1.8 juta dan kos baikpulih fasiliti dianggarkan RM750,000 untuk semua fasiliti yang terlibat.


"Jumlah (peruntukan untuk) baik pulih ini telah diluluskan," katanya ketika ditemui pemberita.

Enam fasiliti itu terdiri daripada Klinik Kesihatan Chaah, dan lima Klinik Desa (KD) di Kampung Tengah, Kampung Jawa, Kampung Jabi, Tenang Station dan Desa Temu Jodoh, kesemuanya dalam daerah Segamat.


Sementara itu beliau turut memberitahu, pihaknya akan memindahkan KD Kampung Tengah ke kawasan baharu.


Ini kerana fasiliti sedia ada jelasnya bukan sahaja terdedah dengan kejadian banjir, malah kedudukannya dilihat agak dekat dengan jalan raya yang dianggap kurang selamat.


Justeru pihaknya telah meninjau suatu kawasan yang akan dipertimbangkan sebagai lokasi baharu klinik desa kampung berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal klinik itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page