top of page

Kerajaan baharu perlu ada kestabilan, tubuhkan Kabinet inklusif

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Aug 19, 2021
  • 1 min read

ree

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti perlu memastikan mereka terus berada dalam keadaan stabil.


Beliau berkata, kerajaan perpaduan merupakan formula ampuh untuk memastikan kestabilan kerajaan ketika menghadapi pandemik Covid-19.


"Dalam 17 ke 18 bulan lepas, masa awal-awal penubuhan, kerajaan seolah-olah tak ada masalah, tetapi kemudian kelihatan tidak ampuh dan menimbulkan ketidakstabilan.


"Saya percaya kerajaan perlu mencari solusi dan kaedah harus difikirkan oleh pimpinan kerajaan dengan hati terbuka," katanya dalam sidang media.


Beliau juga menyifatkan kerajaan baharu mempunyai tipis dan pembangkang hanya kalah tipis.


"Siapa yang terpilih ada majoriti tipis dan kekalahan pembangkang adalah sangat tipis, hanya dibezakan dengan 9 ke 10 orang undi boleh menyebabkan gegaran kepada struktur politik semasa.


"Justeru, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Muda, Pejuang dan Warisan dapat menyelesaikan kemelut ini dengan mengadakan sebuah Kabinet inklusif supaya rakyat tidak rasa tertinggal dan tidak timbul gerakan politik yang mengganggu-gugat politik terutama ketika pandemik Covid-19," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page