top of page

Kerajaan ambil alih projek bina kapal anak syarikat TH



Kerajaan mengambil alih projek kapal peronda luar pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia daripada anak syarikat Tabung Haji, Destini Sdn Bhd.


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata semalam langkah pengambil alihan itu diputuskan selepas ia didapati menghadapi masalah besar.


Justeru, jelasnya Kementerian Kewangan akan menyuntik pinjaman RM152.6 juta bagi memastikan kapal itu disiapkan tahun ini.


"Kita terpaksa berikan satu lagi bentuk suntikan pinjaman untuk projek ini siap dan RM152.6 juta pinjaman terpaksa disediakan.


"Dari tinjauan kita, projek ini boleh disiapkan, iaitu OPV pertama dalam tahun ini,” katanya dipetik selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.


Pada 13 Sept lalu, Maritim Malaysia melalui satu kenyataan berkata, tiga OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 masih dalam pembinaan oleh THHE Destini Sdn Bhd.


Susulan itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Maritim Malaysia bagi menjelaskan kelewatan perolehan OPV itu.


Skandal pembinaan kapal OPV ditimbulkan oleh mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dr Mujahid Yusof Rawa pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu. Kerajaan ketika itu tidak menjawab dengan tuntas mengenai hala tuju projek pembinaan tersebut yang dianggap sebagai projek sakit dan sukar disiapkan tanpa dibantu oleh kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page