top of page

Kerajaan akan sokong usaha pastikan kebebasan media tempatan



Sebarang usaha untuk menjadikan media tempatan bebas dalam membuat laporan berita menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) akan mendapat sokongan daripada kerajaan.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata, penubuhan MMC adalah satu kaedah semak dan imbang, dengan agensi media dan individu perseorangan perlu dipertanggungjawabkan terhadap pelaporan berita mereka.


"Sudah pasti (menyokong kebebasan media tempatan), tetapi media perlulah bertanggungjawab terhadap laporan mereka agar tiada pertelingkahan timbul, kerana kadangkala kita terima aduan daripada masyarakat awam contohnya ada gambar kanak-kanak bawah umur dipaparkan, berita palsu atau 'berat sebelah', itu bukan pelaporan yang bertanggungjawab.


"..sekiranya tindakan terhadap media diambil oleh kerajaan, itu akan menimbulkan persoalan adakah wujud motif di sebalik tindakan itu. Jadi lebih baik satu badan bebas ditubuhkan demi kebaikan industri media tempatan.


"Dengan adanya MMC yang bakal dikendali pihak industri sendiri, ia juga mampu meningkatkan imej dan kredibiliti agensi media tempatan dalam kalangan masyarakat," katanya dipetik.


Sementara itu Teo berharap usaha menubuhkan majlis berkenaan dapat direalisasi dalam waktu terdekat dan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung penubuhannya dapat dibawa ke Parlimen tahun ini.


Pada asasnya, MMC adalah sebuah majlis media yang meliputi seluruh media di negara ini, iaitu media cetak, media elektronik (penyiaran) dan media internet.

Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan akhbar dan media, sekaligus menjaga kepentingan negara.


Menteri KKD, Fahmi Fadzil pada 11 Mei lepas, menyatakan harapan agar RUU penubuhan MMC boleh dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini atau sebelum Mac 2024.


Sementara itu tambah Teo, ahli MMC akan melibatkan beberapa kategori dengan majoriti daripadanya merupakan pemain industri media tempatan.


"Kategori pertama adalah pemilik syarikat atau agensi media, kedua adalah petugas media atas kapasiti individu dan ketiga pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan industri media termasuk ahli akademik.


"Beberapa wakil kerajaan akan turut serta (sebagai ahli majlis) namun majlis itu akan tetap dikendalikan sepenuhnya oleh pemain industri sendiri bagi memastikan ia bebas daripada kawalan kerajaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page