top of page

Kerajaan akan semak semula SOSMA bagi penambahbaikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperlukan untuk menangani ancaman keganasan di negara ini.


Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk kerajaan meneliti semula prosedur siasatan dan tahanan yang dikuat kuasakan di bawah akta tersebu bagi tujuan penambahbaikan.


Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan di Putrajaya, hari ini.


Fahmi berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memberikan kenyataan penuh berhubung perkara itu dalam sidang Parlimen minggu hadapan.


''Tetapi secara prinsipnya ada beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui berkaitan dengan menambah baik dan menyemak semula Akta SOSMA,'' katanya.


Sebelum ini, media melaporkan isteri kepada seorang tahanan SOSMA membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh mendakwa suaminya dipukul ketika dalam tahanan.


Wanita terbabit mendakwa suaminya dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh selepas mengalami kecederaan serius.


Bagaimanapun dakwaan tersebut kemudiannya disangkal Kementerian Dalam Negeri setelah mendapat maklumat daripada Ketua Pengarah Penjara yang menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap dakwaan terbabit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page