top of page

Kerajaan akan semak semua isu monopoli syarikat - Anwar



Kerajaan akan mengkaji semula isu monopoli dalam sektor tertentu agar perkhidmatan dapat ditawarkan dengan lebih berdaya saing dan menguntungkan rakyat.


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sudah mengarahkan semua kementerian mengkaji semula syarikat monopoli sedia ada bagi menggalakkan pembangunan ekonomi yang telus serta persaingan yang adil.


"Ini memerlukan kita membuat beberapa penyelarasan dan peralihan daripada sistem yang saya anggap sebagai huru-hara, usang hanya kerana kepentingan peribadi.

"Semua kementerian sudah diminta membuat semakan bagi memastikan orang ramai diberi perkhidmatan yang lebih baik dengan harga yang lebih kompetitif," katanya dalam sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya di Arab Saudi.


Beliau berkata begitu sebagai mengulas pengumuman kerajaan menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebagai syarikat tunggal yang dilantik kerajaan dalam menjalankan pemeriksaan mandatori ke atas kenderaan komersial dan persendirian semalam.

Dalam pada itu, Anwar pada sidang media sama berkata, kerajaan yang dipimpinnya tidak mengingkari komitmen untuk membantu syarikat Bumiputera.


Namun jelasnya inisiatif sedemikian bukan sahaja perlu telus dan adil, tetapi juga membolehkan persaingan yang adil dalam kalangan syarikat Bumiputera.


"Jika kebimbangan kita adalah untuk melindungi kepentingan Bumiputera, maka lakukan ia secara jelas dan telus serta biarkan mereka bersaing," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page