top of page

Kerajaan akan perkenal sekolah untuk golongan termiskin



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat kerajaan pimpinannya memperkenal sekolah berkonsep baharu yang menyasarkan anak golongan paling miskin.


Cadangan penubuhan sekolah itu, katanya, dibuat bagi membolehkan golongan berkenaan berpeluang mendapat akses pendidikan dan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains serta berasrama penuh


Pelajar dengan keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan turut akan diberi peluang memasuki sekolah berkenaan.


"Ini (cadangan memperkenalkan jenis sekolah baharu bagi golongan paling miskin) akan memberi makna manusiawi dan keadilan kepada mereka.


"Akses dan peluang (perlu diberikan) secara saksama bagi membolehkan tiada mana-mana golongan yang tercicir. Kita ada pendemokrasian mutu pendidikan bagi membolehkan semua berhak (mendapatkan pendidikan).


"Ketika ini (semua pihak) berhak. Nama sahaja berhak tetapi sekolah di Manik Urai, Kelantan; Kapit, Sarawak; Pulau Pinang dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak tetap ada kesenjangan," katanya dipetik.


Hasrat itu dinyatakan Anwar ketika berucap pada Majlis Temu Anwar: Bicara Pendidikan Madani yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada Sabtu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page