top of page

Kerajaan akan pastikan syarikat iktiraf kesatuan pekerja



Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memastikan hak dan keadilan golongan pekerja di negara ini terus diperkasa.


Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata bagi tujuan itu kementeriannya akan membuat beberapa pindaan proses pengiktirafan kesatuan sekerja untuk mencapai hasrat PM.


Langkah itu, jelas Sivakumar penting memandangkan ada kalangan majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat mereka sekaligus hak pekerja sukar diperjuangkan.


"Saya difahamkan terdapat kes majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja diterajui pekerja dan ini merumitkan lagi usaha pekerja dalam memperjuangkan hak mereka," kata Siva pada Fiesta di Ambang Malam Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Kuala Lumpur.


Selain isu membabitkan kesatuan Kementerian juga katanya, sedang berusaha menyelesaikan beberapa isu berkaitan golongan pekerja.


Antaranya berkaitan gaji kehidupan wajar, pencen pekerja swasta, jaminan pekerjaan, isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta isu perlindungan pekerja asing.


"Kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu itu sebaiknya, sekali gus memastikan semua pekerja mendapat perlindungan dan keistimewaan setimpal dengan sumbangan mereka.


"Kerajaan juga akan bekerjasama dengan majikan yang perlu bagi memastikan pekerja berpendidikan rendah diberikan peluang meningkatkan taraf pendidikan serta kemahiran kerja melalui latihan dan kursus.


"Langkah itu bagi membantu meningkatkan kemahiran pekerja, selain memberi mereka peluang mengisi jawatan lebih baik serta gaji lebih tinggi," tegasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page