top of page

Kerajaan akan dakwa pihak ambil kesempatan sorok beras

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras terhadap pihak yang mengambil kesempatan menyorok bekalan beras sehingga menyukarkan orang ramai.


Bercakap pada satu program di Simpang Pelangai, beliau memaklumkan telah mengarahkan badan penguatkuasaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melakukan perkara itu.


Kerajaan tegas beliau tidak akan teragak agak untuk mengheret pihak terlibat ke muka pengadilan pada waktu rakyat berhadapan kesusahan mencari beras untuk keperluan hidup.


"Saya beritahu Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) arahan jelas kepada badan penguatkuasa kalau ada berani buat perangai buruk dalam orang susah cari beras, sorok, kamu jaga, kami cari kamu dan saman dan bawa ke mahkamah.


"Tengah orang susah, ketika itu kamu hendak cari untung," katanya dipetik.


Terdahulu, ketika berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda, Anwar berkata kerajaan menyalurkan subsidi hampir RM400 juta agar semua premis kerajaan termasuk hospital menggunakan Beras Putih Import (BPI) sebagai satu usaha untuk meningkatkan kembali bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran.


Perdana Menteri berkata, menerusi langkah tersebut semua premis kerajaan seperti kem tentera, hospital dan polis menggunakan beras import berbanding sebelum ini beras tempatan.


Selain itu menurut Anwar, Lembaga Pertubuhan Peladang dan FAMA diarah untuk membantu pengedaran beras serta-merta jika berlaku kelembapan penghantaran kerana simpanan stok mencukupi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page