top of page

Kerajaan akan bina 1 juta unit rumah mampu milik sepanjang 10 tahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 31
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pemaju swasta akan membina satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 2026 hingga 2035 sebagai sebahagian daripada usaha memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rumah mampu milik yang akan dibina, termasuk projek yang sedang dilaksanakan, mesti memenuhi keperluan keselesaan dan keselamatan rakyat.


''Rumah yang dalam proses (pembinaan) adalah program Residensi MADANI, perumahan penjawat awam, bantuan bina baharu rumah, perumahan mampu milik serta Rumah Bakat MADANI.


''Inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Skim Sewa untuk Beli (RTO) juga akan diperluas termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana agar mampu memiliki rumah sendiri.


''Ia akan dilakukan dengan peralihan teknologi kepada Industrialised Building Systems (IBS) dan Building Integrated Management yang akan mempercepatkan proses pelaksanaan,'' katanya.


Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan perkara berkenaan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page