top of page

Kerajaan akan bentang RUU Omnibus, perkongsian data



Kerajaan akan membentang rang undang-undang (RUU) Omnibus untuk membenarkan perkongsian data antara kementerian dan agensinya.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika menjawab soalan Senator Aknan Ehtook di Dewan Negara berkata, RUU tersebut adalah cadangan undang-undang yang akan meliputi pelbagai topik.


Tambahnya, pembentangan RUU itu sebagai sebahagian usaha Putrajaya mewujudkan PADU, pangkalan data bersepadu yang membolehkan perkongsian maklumat antara pelbagai cabang kerajaan.


"Usaha terdahulu mewujudkan pangkalan data sedemikian tidak berjaya kerana undang-undang memberi kuasa kepada kementerian untuk mempunyai peraturan berbeza mengenai perkongsian data.


"Dengan memperkenalkan RUU Omnibus, kerajaan tidak perlu meminda setiap akta yang memberi kuasa kepada kementerian atau agensi masing-masing," katanya seperti dilapor media.


Sementara itu, Rafizi turut menjelaskan RUU Omnibus bukan saja menjadikan perkongsian data satu kewajipan, malah ia akan menjamin proses perkongsian data berterusan untuk memastikan Padu kekal sebagai pangkalan data pusat komprehensif yang akan membantu kerajaan membuat keputusan lebih baik berdasarkan data terperinci dan holistik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page