top of page

Kerahan mahasiswa: KEADILAN Kemaman mahu penjelasan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 8, 2023
  • 1 min read


KEADILAN Kemaman menggesa Kerajaan Negeri Terengganu memberi penjelasan berhubung pesanan yang tular di media sosial kepada mahasiswa yang menerima Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu (SPC YT) yang menuntut di Lembah Kelang diwajibkan hadir ke program melibatkan Menteri Besar Terengganu di Kuala Lumpur.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, sesi townhall mahasiswa perantau pada 9 Julai di Bangi diragui mempunyai unsur unsur menekan pelajar untuk menghadirinya.


"Dalam pesanan itu menyebut jika para mahasiswa yang menerima SPC YT gagal hadir tanpa sebarang sebab, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, program SPC YT merupakan satu program bagi membantu anak Terengganu yang cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di menara gading.


Tidak sewajarnya mana mana pihak menyekat bayaran elaun sebagaimana yang didakwa sekiranya mereka tidak hadir ke program townhall tersebut.


Oleh itu, katanya, KEADILAN Kemaman mahu pihak Kerajaan Negeri menjelaskan isu berkenaan secara tuntas.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page