top of page

Keputusan tidak rasmi: BN menang lebih 20 ribu majoriti di DUN Mahkota

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28, 2024
  • 1 min read

ree

Keputusan tidak rasmi di bilik kiraan undi BN di DUN Mahkota menunjukkan parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.


Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, calon BN Syed Hussien Syed Abdullah telah pun memenangi PRK selepas kesemua 121 saluran undian dikira.


"Secara tidak rasmi, setelah seluruh saluran 121 dikira, BN mendapat undi 27,941 dan PN 7,332


"Dengan ini, BN telah memenangi PRK N.29 DUN Mahkota dengan majoriti 20,609," katanya dalam aplikasi X.


BN mencatat rekod baharu di DUN Mahkota kerana sebelum ini mereka hanya menang 5,166 undi majoriti dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada 2022.


*Gambar ihsan: UMNO Online

1 Comment


Abdul Ghanie A Wong
Abdul Ghanie A Wong
Sep 28, 2024

Tahniah pengundi-pengundi DUN Mahkota kerana menolak politik kebencian


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page