Keputusan tangguh Kongres Nasional tepat, beri ruang JPP selesai isu pemilihan
- Suara Keadilan

- Jun 11, 2022
- 1 min read

Keputusan menangguhkan Kongres Nasional KEADILAN kali ke-16 kepada 15 hingga 17 Julai ini merupakan suatu keputusan yang tepat bagi menyelesaikan segala isu berbangkit dalam Pemilihan KEADILAN 2022.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN pusat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, penangguhan itu akan memberi lebih banyak masa kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk meneliti dan mengadili setiap aduan yang dibuat oleh anggota KEADILAN.
"Keputusan menangguhkan kongres adalah suatu keputusan yang tepat untuk memberi peluang kepada pelbagai aduan yang dibuat kepada JPP dapat diteliti kesemuanya (dengan adil dan saksama)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, penelitian ke atas setiap aduan serta aspek pengundian amat penting dilakukan agar integriti Pemilihan KEADILAN 2022 tidak dipersoalkan di kemudian hari.
"Ini tentunya ada kaitan dengan wibawa dan integriti pemilihan jawatan jawatan penting dalam parti.
'Justeru, saya percaya ruang yang secukupnya perlu diberikan kepada JPP agar tidak timbul masalah berbangkit ibarat kata pepatah, 'rumah siap pahat berbunyi'," katanya lagi.
Semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Kongres Nasional KEADILAN akan diadakan pada 15 - 17 Julai 2022, dianjakkan hampir sebulan daripada tarikh asal yang dijadualkan sebelum ini.
Manakala Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa pula berkata, tempoh yang diberikan itu akan digunakan sebaik baiknya bagi melakukan audit digital ke atas sistem yang digunakan dan memuktamadkan keputusan Pemilihan kali ini.




Yang kalah pemilihan lebih baik bersara atau pun berkerjasama dgn Rafizi utk nenangkan PKR di PRU 15 nanti. Manakala pemimpin yang kalah di peringkat bahagian lebih baik tutup mulut dan jangan bagi komen , macamlah ahli PKR dengar komen mereka. Kalah di bahagian sendiri maknanya , langsung tak mendekati ahli PKR sehingga ahli PKR marah dan kalahkan mereka ini. Mereka ini tak relavan langsung di mata ahli PKR dan rakyat, kalau diberi tiket utk bertanding di PRU , habis kalah mereka . Ada yang tak dapat menang tiket adun di Pilihanraya kecil Melaka. Pemimpin mcm ini sangat sibuk dgn ifea bodoh khemah besar sehingga lupa mendekati rakyat. Harap DSAI bertindak bijak dengan tak beri mereka ini bertanding di PRU 1…