
Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 di Selangor menyaksikan pasukan #KitaSemuaKEADILAN mendominasi kira kira 2/3 senarai Ketua ketua Cabang KEADILAN.
Berdasarkan pemilihan terdahulu, keputusan di Selangor menentukan hampir keseluruhan jawatan jawatan tertinggi KEADILAN memandangkan negeri itu mempunyai jumlah keahlian tertinggi dan jumlah keluar mengundi paling tinggi di seluruh negara.
Berdasarkan analisis awal, jumlah undian yang banyak diperolehi oleh calon utama Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari meletakkan beliau sebagai yang tertinggi dalam top 4 jawatan naib presiden.
Bagaimanapun persaingan utama jawatan Timbalan Presiden KEADILAN masih terbuka dengan jumlah undi yang diperolehi oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak terlalu jauh mengatasi Rafizi Ramli.
Manakala bagi jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Ketua Wanita KEADILAN keputusan masih berubah ubah biar pun Adam Adli Abd Halim menguasai pengundian bagi AMK dan Senator Fadhlina Sidek bagi Wanita KEADILAN di Selangor
Berikut merupakan senarai ketua ketua cabang yang memenangi jawatan di Selangor secara tidak rasmi:
1. Sabak Bernam - YB Ahmad Mustain Othman
2. Sungai Besar - Azhar Achil
3. Hulu Selangor - Dr Sathia Prakash
4. Tg Karang - Mohd Yahya Sahri
5. Kuala Selangor - Thiban A/L Subramaniam
6. Selayang - YB Willian Leong
7. Gombak - Dato' Seri Amirudin Shari
8. Ampang - Daing Muhammad Reduan
9. Pandan - Rafizi Ramli
10. Hulu Langat - Rajendra Kumar
11. Bangi - Balamurali Govindaraju
12. Puchong - M.Anbarasan Murugesu
13. Sungai Buloh - YB Sivarasa Rasiah
14. Petaling Jaya - YB Hee Loy Sian
15. Damansara - YB Elizabeth Wong
16. Subang - Pravin Murali
17. Shah Alam - YB Rodziah Ismail
18. Kapar - Azizi Ayob
19. Klang - YB Azmizam Zamanhuri
20. Kota Raja - YB Gunaraj George
21. Kuala Langat - Haridass Ramasamy
22. Sepang - YB Borhan Aman Shah
Comments