top of page

Keputusan rasmi Pemilihan KEADILAN 2022 dalam masa terdekat - Dr Zaliha



Keputusan rasmi Pemilihan KEADILAN 2022 akan diumumkan dalam masa terdekat setelah proses meneliti aduan calon calon yang bertanding selesai dilaksanakan.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa, proses aduan dan penelitiannya oleh Panel Aduan JPP itu amat penting bagi menentukan kesahan keputusan pemilihan di satu satu kawasan.


"Keputusan akan keluar dalam sehari dua ini. Kita sudah ada 65 cabang menang tanpa bertanding, Angkatan Muda KEADILAN kita ada 50 cabang menang tanpa bertanding. Saya telah bercakap dengan Setiausaha Agung, yang itu tak ada masalah kalau mereka nak buat mesyuarat untuk G7 (menghantar perwakilan ke Kongres Nasional KEADILAN) sudah boleh dilakukan. Tetapi bergantung kepada Setiausaha Agung (arahan lanjut)," katanya dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, semalam.


Dr Zaliha juga memberitahu proses forensik audit juga telah selesai dijalankan berkenaan sistem yang digunakan untuk Pemilihan kali ini, termasuk Pengundian Atas Talian.


"Forensik audit selesai dan kita cuma menunggu dibentangkan kepada JPP. Mungkin selepas Pemilihan semula Ampang. Mereka (konsultan) sudah ada analisis audit dan akan dibentangkan secara rasmi dalam masa terdekat.


"Kita akan buat keputusan seterusnya sebelum serahkan kepada Setiausaha Agung


"Kita jangka hasil forensik audit ini akan mengubah keputusan tetapi tidak terlalu drastik. Keputusan di peringkat cabang mungkin tetapi peringkat pusat kita tak pasti lagi. Kita pun belum diberi gambaran secara jelasnya," ujar beliau.


Mengulas mengenai aduan yang dihantar kepada JPP dan menimbulkan pelbagai persoalan kepada calon juga anggota biasa, Dr Zaliha berkata tidak semua aduan berakhir dengan Pemilihan semula dilakukan.


Katanya, terdapat 24 kategori aduan dan semua itu akan diambil atau dicadangkan tindakan berdasarkan tahap kesalahan dan kecuaian.


"Semua aduan telah dilihat dan diteliti dan dikategorikan atas beberapa ciri ciri aduan.


"Ada 24 jenis aduan termasuklan berkaitan salah laku calon. Berkaitan juga perjalanan Pemilihan, melanggar tatacara Pemilihan termasuklah membuat pondok panas kurang 200 meter dari pusat pengundian, masalah cai dan sebagainya. Juga beli undi, mengelirukan cai pihak lain dan beberapa isu lagi


"Panel aduan telah pun secara amnya memberikan cadangan tindakan berbeza mengikut aduan.


"Bagi pengadu, ada yang minta jawapan aduan itu dimasukan dalam web Pemilihan KEADILAN. Mereka juga mahu jawapan aduan dihantar secara terus kepada pengadu," katanya.


Bagaimanapun bukan semua aduan di bawah kuasa JPP untuk diambil tindakan.


Tegas Dr Zaliha, KEADILAN juga punya Lembaga Disiplin dan ada sebahagian aduan dicadangkan untuk diambil tindakan oleh lembaga itu.


"Tindakan bermula dengan amaran keras dan kita mahu perkara ini diambil dengan lebih serius, di mana jika ada aduan seperti salah laku.


"Saya berbincang dengan Lembaga Disiplin supaya nama ini direkodkan dan diberikan kepada Jawatankuasa Disiplin dan juga Jabatan Pilihan Raya Parti. Mungkin akan memberi kesan kepada KPI anggota atau apa sahaja di masa hadapan


"Yang penting kita mahu penegasan kepada anggota kita, sebuah parti yang reform ini kena bertegas dengan perkara yang tersasar atau tak kena dengan agenda reformasi. Perkara berkaitan beli undi dan sebagainya.


"Kalau kita nak jadi pemimpin kepada parti reform kita sendiri kena cuba bertindak secara no fear and fever," katanya lagi.






1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page