top of page

Keputusan rasmi: BN terajui DUN Pelangai, menang majoriti 2,949 undi


Oleh: Abdullah Zaid


Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di DUN Pelangai apabila calonnya, Datuk Seri Amizar Abu Adam menang di kerusi tradisi itu dengan majoriti 2,949 undi.


Amizar yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya meraih 7,324 undi berbanding seterunya Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 4,375 undi.


Manakala calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli hanya mendapat 120 undi.


Wakil rakyat BN itu meraih kemenangan dengan majoriti 2,949. Peratus keluar mengundi sekitar 72 peratus.


Selain itu, Amizar juga mencatat sejarah kemenangan peribadi selepas tewas di DUN Ketari ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.


Cubaan kali kedua itu dalam PRK ini akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan kepadanya.


Pada PRU15 lalu, penyandang DUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi menewaskan seterunya.


Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mulai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili ADUN daripada BN dengan bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu selama lapan penggal.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page