top of page

Keputusan pemilihan KEADILAN 2022 ditunda, JPP jalankan audit digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 10, 2022
  • 2 min read


Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 terpaksa ditunda setelah mendapati beberapa masalah dalam sistem pengundian yang digunakan.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa, keputusan tidak rasmi bagi pemilihan peringkat cabang dan pimpinan utama Majlis Pimpinan Pusat yang diumumkan pada 29 Mei lalu kekal di dalam proses penelitian sebelum keputusan muktamad dikeluarkan.


Hal itu, katanya, menyebabkan peringkat cabang memerlukan waktu yang lebih panjang bagi membolehkan jawatankuasa cabang dipilih, bermesyuarat dan bersedia menghantar perwakilan ke Kongres Nasional untuk mengundi jawatan jawatan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN seperti yang telah dijadualkan.


"Panel Aduan Pemilihan KEADILAN 2022 akan terus meneliti aduan-aduan yang diberikan oleh anggota anggota parti melalui saluran rasmi JPP.


"Panel Aduan JPP 2022 juga dengan ini mencadangkan beberapa cadangan tindakan yang mungkin boleh mengubah keputusan tidak rasmi sebelum ini.


"Bertitik tolak dari cadangan Panel Aduan, JPP telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat Pakar Digital yang pakar dalam melaksanakan audit secara menyeluruh terhadap sistem yang dibangunkan, dan mereka kini sedang bertungkus lumus untuk memenuhi garis masa yang telah ditetapkan," kata Dr Zaliha dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, menurut beliau JPP memerlukan sedikit waktu untuk Juruaudit Pakar Digital yang dilantik berkenaan menjalankan tugas dan memberikan syor. Hal itu, katanya akan mampu menjawab segala permasalahan yang ditimbulkan oleh pengadu sebelum ini.


"(Setakat ini) JPP berpuashati dengan kemajuan kerja-kerja Juruaudit Pakar Digital yang dilantik dan yakin bahawa dapatan yang akan dikemukakan kelak akan dapat memberi penjelasan kepada persoalan-persoalan serta kecelaruan pemahaman yang timbul dan ditimbulkan oleh pengadu-pengadu.


"JPP memerlukan sedikit masa lagi untuk tujuan ini sebelum memberikan senarai pemenang Pemilihan KEADILAN 2022 di peringkat pimpinan KEADILAN cabang, Wanita KEADILAN cabang dan Angkatan Muda KEADILAN cabang, serta di peringkat Pusat yang sudah dimuktamadkan, dan rasmi kepada pejabat Setiausaha Agung untuk tujuan memuktamadkan perwakilan-perwakilan yang akan hadir ke Kongres Nasional kelak," kata Dr Zaliha lagi.


Berikutan syor yang dikemukakan oleh JPP itu, Majlis Pimpinan Pusat malam tadi juga telah memutuskan untuk menangguhkan Kongres Nasional KEADILAN 2022 dari 24 - 25 Jun ini ke tarikh 16 -17 Julai 2022.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page