Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 dalam masa terdekat, Kongres Nasional 15 Julai



Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 akan diumukan dalam masa terdekad sebaik sahaja proses audit forensik selesai.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, hal itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam tadi.


"Berhubung Pemilihan 2022, setelah selesai seluruh proses aduan dan audit, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam masa terdekat akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu Cabang serta pimpinan utama KEADILAN.


"Saf kepimpinan ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik KEADILAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15," katanya dalam kenyataan hari ini.


Berhubung pengajuran Kongres Nasional KEADILAN kali ke 16 pula, ujar Fahmi, MPP telah memutuskan tarikh kongres tidak berubah dan akan diteruskan pada 15 - 17 Julai ini.


"MPP memutuskan Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN akan diteruskan pada 15 Julai 2022, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.


"Kongres Nasional diteruskan pada 16 dan 17 Julai 2022, juga bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.


"Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022," kataya.


Selain itu, berhubung spekulasi yang ditimbulkan media arus perdana mengenai wujudnya perbincangan dengan pemimpin Bersatu, Azmin Ali, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, MPP sebulat suara telah memutuskan tiada perbincangan atau kerjasama boleh dilakukan dengan pemimpin berkenaan.


"MPP juga memutuskan KEADILAN tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER