top of page

Keputusan muktamad harga kawalan beras dibuat minggu depan



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad harga kawalan beras pada minggu depan.


Perdana Menteri berkata perkara itu menjadi agenda utama Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).


"Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.


"Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka," katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini, petik Bernama.


Rabu lalu, Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) di bawah NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan harga siling beras putih sebanyak RM30 bagi pek 10 kilogram.


Harga beras tunggal dikenali Beras Putih Malaysia Madani itu berkuat kuasa 19 Februari ini dan berada di pasaran bermula 1 Mac.


Pengumuman itu sekali gus bermakna penghapusan kategori Beras Putih Tempatan (SST) yang ditetapkan harga RM26 bagi pek 10kg dan Beras Putih Import (SSI).


Kaedah itu dilihat sebagai penyelesaian menurunkan harga beras yang meningkat hingga melebihi RM35 ketika mana beras tempatan terus hilang daripada pasaran.


Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan ‘orang tengah’ agar tidak mengaut keuntungan terlalu tinggi kerana ia akan menyebabkan harga beras di pasaran melambung.


Perdana Menteri berkata isu geopolitik yang berlaku di Terusan Suez turut memberi tekanan kepada harga barangan sehingga mempengaruhi perdagangan global.


"Kita faham tindakan Houthi di Yaman, tapi ini juga menyebabkan kos naik. Laluan ini terhalang disebabkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman Israel dan perang di Gaza.


"Namun kita tidak akan jadikan ini alasan dan kerajaan Malaysia akan mencari jalan sedaya upaya untuk kurangkan beban rakyat melalui inisiatif seperti Jualan Rahmah dan Jualan Termurah MADANI, selain memberi suntikan melalui bantuan-bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan eBelia Rahmah," katanya.


Terdahulu Perdana Menteri mengadakan tinjauan dan menyantuni peniaga serta pengguna di Jualan Termurah MADANI dan turut melancarkan jualan beras putih MADANI pada majlis tersebut.


Beras putih MADANI bungkusan 10 kilogram, dijual pada harga RM30 dan lebih 1,000 bungkusan dijual pada program hari ini.


Anwar berkata harga jualan itu jauh lebih murah berbanding di pasaran kerana platform seperti ini mengurangkan peranan orang tengah.


"Inflasi kita secara umumnya rendah tapi rakyat masih mengeluh, oleh itu kita mesti cari jalan sedaya upaya untuk mengurangkan tekanan mereka," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page