top of page

Keputusan Lembaga Pengampunan munasabah, kuasa Agong mutlak



Keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan SRC International tidak wajar dipertikaikan.


Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Parlimen Malaysia, Hassan Abdul Karim, keputusan itu juga boleh dianggap munasabah dan berpatutan.


Terutama, katanya, berkenaan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan dan keputusan baginda itu adalah hak mutlak dan tidak boleh dipertikaikan.


"Keputusan Lembaga Pengampunan yang mesti dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berkuasa ke atas Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan tidak boleh dicabar di mahkamah, sama ada kita bersetuju dengannya ataupun tidak.


"Kerana kuasa membuat keputusan oleh Agong itu adalah bersifat kuasa budi bicara baginda dengan syarat sebelum baginda Agong membuat keputusan tersebut, satu mesyuarat Lembaga Pengampunan telah diadakan dan dipengerusikan oleh baginda. Sama ada kita bersetuju atau tidak tentang hal semacam ini, itu adalah persoalan lain.


"Tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima sebagai sebuah negara walaupun demokrasi berparlimen, tetapi masih mengekalkan saki baki sistem feudal yang bersifat raja berperlembagaan," kata Hassan dalam kenyataan petang ini.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah Mahkamah Belas Ehsan (court of mercy) dan bukan mahkamah undang-undang biasa (court of laws). Oleh itu, ujarnya pertimbangan lembaga tersebut tidak sama dengan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.


"Saya menghormati dan bersedia dengan hati terbuka menerima keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib Razak kerana Lembaga Pengampunan secara hakikinya tidak memberikan pengampunan terhadap sabitan kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah undang-undang.


"Dalam undang-undang ada dua perkara apabila seseorang dihukum oleh mahkamah. Yang pertama, orang yang dituduh itu disabitkan bersalah. Kunci perkataannya ialah sabitan atau conviction dalam bahasa Inggeris.


"Selepas disabit bersalah maka orang dituduh itu dijatuhkan hukuman ke atasnya. Kata kuncinya ialah hukuman atau sentencing. Ini berlaku jika si tertuduh itu didapati bersalah.

"Keputusan Lembaga Pengampunan ini tidak melepaskan Najib Razak," katanya.


Kata Hassan, sabitan bersalah ke atas Najib kekal. Keringanan hanyalah jumlah hukuman dari 12 tahun kepada 6 tahun selain jumlah denda yang wajib dibayar daripada RM200 juta kepada RM50 juta sahaja.


Lembaga Pengampunan, katanya, tetap menghormati keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Malaysia dan Mahkamah Persekutuan yang mendapati selepas perbicaraan penuh dan selepas rayuan serta semakan, bahawa Najib Razak bersalah dan sabitan bersalah itu tidak diberikan pengampunan.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page