top of page

Keputusan kerajaan selesai isu kewarganegaraan langkah terbaik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 19, 2023
  • 1 min read


Penyelesaian status kewarganegaraan secara automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara membawa sinar pada masa depan anak berkenaan.


Penyelaras Program Kerakyatan KEADILAN Pulau Pinang, A. Kumaresan dalam satu kenyataan berkata, beliau menyambut baik langkah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.


Langkah itu jelasnya akan memberi kesan dan impak yang sangat besar terhadap kehidupan kanak-kanak terbabit dan juga keluarga mereka yang selama ini dinafikan segala hak dan keistimewaan mereka sebagai rakyat Malaysia.


"Dengan keputusan kerajaan bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, banyak permohonan yang belum selesai bertahun-tahun akan dapat diselesaikan dengan segera.


"Ini satu keputusan yang dinanti-nantikan oleh ramai ibu bapa di luar sana yang selama ini tidak berputus asa untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak mereka," kata ADUN Batu Uban itu.


Media pada Sabtu melaporkan bahawa kerajaan membuat keputusan itu susulan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.


Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.


Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman dalam satu kenyataan bersama.


Sementara itu tambah Kumaresan, kemahuan politik boleh memacu institusi ke hadapan dan memenuhi aspirasi Malaysia Madani.


"Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Perpaduan khususnya Menteri Dalam Negeri, DS Senator Saifuddin Nasution dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) DS Azalina Othman Said atas “Political will” yang mesra rakyat," kata kenyataan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page