top of page

Keputusan JAS tolak bina tapak pelupusan sisa industri Lynas satu langkah tepat


Keputusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menolak permohonan Lynas untuk membina sebuah Tapak Sisa Kekal (PDF) di Bukit Ketam, Hulu Sungai Kuantan dialu-alukan oleh rakyat dan parti KEADILAN Pahang.


Menurut kenyataan beberapa pimpinan KEADILAN Pahang, keputusan menolak pembinaan tapak simpanan sisa itu bertepatan dengan kebimbangan penduduk bahawa PDF yang dicadangkan mungkin mengakibatkan pencemaran sungai, seterusnya mencemar bekalan air terawat kepada sebahagian pengguna.


"Kami menyambut baik keputusan JAS yang menolak permohonan Lynas untuk membina sebuah Tapak Sisa Kekal di Bukit Ketam.


"Ini merupakan satu kemenangan ribuan rakyat yang telah menyuarakan bantahan terhadap tapak tersebut sejak beberapa bulan ini.


"Seperti maklum balas yang disediakan oleh JAS Pahang kepada ADUN Semambu Lee Chean Chung sebelum ini, wujudnya Sungai Ara yang berada di tapak tersebut dan akan mengalir ke Sungai Riau sebelum mengalir ke Sungai Kuantan yang merupakan sumber air untuk Loji Rawatan Semambu.


"Loji ini melibatkan 781,100 akaun pengguna dan projek ini berisiko menjejaskan kualiti sumber bekalan air semasa peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi. Penolakan ini menunjukkan tapak tersebut adalah tidak sesuai dan selamat," kata mereka.


Menurut mereka lagi, keputusan JAS itu menjadi bukti kukuh bahawa sisa radioaktif Lynas merbahaya dan perlukan suatu sistem penyimpanan yang benar-benar selamat.


"Walaupun tapak tersebut terbatal sebagai tempat penyimpanan sisa radioaktif Lynas, sebaliknya ia juga mengesahkan bahawa sisa radioaktif, khususnya sisa Water Leach Purification (WLP) amat merbahaya dan akan memudaratkan kesihatan manusia.


"Terbukti semua jaminan bahawa sisa radioaktif Lynas adalah selamat dan dakwaan daripada pihak terbabit sisa tersebut boleh dikitar semula sebagai baja CondiSoil merupakan satu pembohongan terhadap rakyat," kata mereka.


Bagamanapun, menurut pimpinan KEADILAN itu lagi, timbul satu tanda tanya berhubung masa hadapan penyimpanan sisa kilang Lynas.


Adakah pihak Lynas akan memohon tapak lain untuk dijadikan PDF?


"Sekarang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) perlu memperjelaskan langkah seterusnya. Ke manakah sisa tersebut akan disimpan? Bilakah cadangan seterusnya akan dibuat?


"Justeru, kami juga meminta JAS supaya menetapkan satu tarikh akhir kepada LAMP untuk mengemukakan cadangan alternatif bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata. Memandangkan masa sudah tidak mencukupi, LAMP perlu membuat pengumuman secepat mungkin," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh ADUN Semambu Lee Chean Chung, Pengurus Hal Ehwal Indera Mahkota (KEADULAN) Zuraidi Ismail, Penyelaras DUN Semambu (KEADILAN) Chan Chun Kuang dan Penyelaras DUN Beserah (KEADILAN) Saifulzaman bin Mahmood.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page