top of page

AMK tubuh tabung bantu mahasiswa pulang ke tempat kediaman



Kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad bahawa mahasiswa yang telah mendaftar dan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan berada di kampus buat sementara waktu tidak meredakan kritikan terhadap keputusan yang dibuat beliau secara tergesa-gesa menukar sesi kuliah fizikal mahasiswa kepada secara dalam talian.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Akmal Nasir, sebahagian mahasiswa telah pun membuat bayaran pendaftaran dan telah sampai ke kampus.


Mereka mungkin tidak perlu menyewa hotel kerana kerana kementerian membenarkan mereka berada di kampus tetapi mereka tetap perlu membeli tiket pengangkutan pulang dan hal itu membebankan terutama sekiranya mahasiswa datang dari keluarga B40.


Akmal mengkritik Noraini kerana ini bukanlah kali pertama menteri itu membuat keputusan mengelirukan dan merugikan mahasiswa.


"Kita tidak nafikan keperluan untuk mengekang penularan wabak Covid 19, tetapi biarlah kaedahnya lebih profesional dan teratur.


"Ini bukan kali pertama kegagalan Kementerian Pengajian Tinggi menguruskan mahasiswa, selepas menukar keputusan penutupan dan pembukaan kampus beberapa kali sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, AMK mengambil tindakan segera menubuhkan tabung khusus menampung kos mahasiswa yang terpaksa pulang ke kediaman masing-masing.


Menurut Akmal, segala sumbangan yang diterima dari orang ramai akan diserahkan sepenuhnya kepada mahasiswa.


"Saya telah berbincang dengan saudara Irfan, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) mengenai usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.


"Bagi meringankan beban mereka, kami memohon bantuan saudara-saudari (menyumbang dana) ke akaun AMK," katanya.


Sumbangan boleh dibank in ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan), nombor akaun: 2124396001003, RHB Bank.


MKM juga telah menyediakan 5 hotline mengikut zon.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page