top of page

Keputusan dibuat PH secara konsensus, jangan pecah belah perpaduan - Farhash

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 22, 2021
  • 1 min read


Pemimpin pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak cuba meretakkan hubungan sesama anggota gabungan.


Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador berkata demikian mengulas kritikan keras ADUN Bilut dari DAP terhadap Presiden KEADILAN.


"Setiap keputusan PH sama ada dari segi pembahagian kerusi, pengunaan logo dan sebagainya diputuskan secara kolektif serta mengambil maklum pandangan pimpinan tertinggi parti.


"Walaupun pada hakikatnya kita mengakui bahawa PH telah tewas dan mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan pasca pilihan raya Melaka baru-baru ini, namun kegagalan tersebut tidak wajar ditanggung oleh seorang individu sahaja.


"Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi DAP untuk mengambil maklum tentang dakwaan ADUN mereka yang dilihat cuba memecah-belahkan semangat perpaduan dan keharmonian koalisi PH," kata Farhash.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak itu juga meminta agar kepimpinan peringkat pertengahan dan bawah KEADILAN menumpukan usaha dan gerak kerja bersungguh-sungguh menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 serta berazam untuk tidak mengulangi malapetaka di Melaka.


"Justeru itu, kepimpinan parti di peringkat Cabang, Negeri mahupun Pusat perlu menumpukan seluruh tenaga dan perancangan gerak kerja dari saat ini supaya kita sentiasa bersedia apabila semboyan PRU ke 15 ditiupkan.


"Semoga saf kepimpinan Majlis Presiden PH terus memelihara disiplin organisasi yang lebih matang dan istiqamah dalam perjuangan serta perlu diingatkan bahawa keputusan organisasi adalah tanggungjawab kita bersama," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page