Kepimpinan Melayu muslim dalam konteks kepelbagaian kaum penting - Anwar



Kepimpinan Melayu muslim dalam kepelbagaian kaum di Malaysia harus kekal di dalam konteks yang harmonis.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan Melayu tidak seharusnya ekstrem mengagungkan bangsa atau agamanya, sebaliknya perlu mengamalkan kesederhanaan.


Hal itu diungkapkan dalam menjawab soalan wartawan usai majlis wacana pemikiran Datuk Dr Siddiq Fadzil di Unisel, pagi tadi.


"Pada saya sangat penting sebagai Melayu dan muslim dalam konteks kepelbagaian masyarakat.


"Apa yang Siddiq Fadzil buat dalam berdekad lalu untuk memastikan kefahaman sebagai Melayu, kesedaran budaya, bahasa dan kamu perlu menghargai negara ini dengan pelbagai kaum, juga perlu menerima realiti dan berkerja sebagai warganegara, mempunyai perasaan belas ihsan serta kemanusiaan," katanya.


Mengenai bahasa Melayu yang menjadi sebahagian daripada perjuangan besar Dr Siddiq, Anwar berkata perjuangan Almarhum perlu diteruskan dan menegaskan bahawa bahasa Melayu perlu lebih diberi pengiktirafan sebagai bahasa ilmu di Malaysia.


"Ini banyak kali saya tegur bahawa tidak ada upaya yang cukup kuat untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


"Bila kita bicara soal bahasa Melayu dianggap kita ini nak mengenepikan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga penting tetapi tidak boleh kita kekalkan suasan sekarang di mana kita tidak memberi tumpuan untuk mengangkat bahasa Melayu.


"Ini peranan kementerian pendidikan dan Dewan Bahasa Pustaka, kembali mengangkat kedudukan bahasa lebih lantang dan kuat dalam komitmen mereka," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER