top of page

Kepimpinan Bertawaduk: Jalan Tenang Seorang Pejuang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 38 minutes ago
  • 1 min read


Oleh: Sandy Z


ULASAN: Dalam hiruk pikuk politik yang sering dihiasi dengan suara lantang, keghairahan kuasa dan persaingan terbuka, muncul satu nilai yang semakin langka tetapi sangat diperlukan, iaitu tawaduk.


Tawaduk bukan kelemahan. Ia bukan kebisuan. Ia bukan juga alasan untuk berundur. Sebaliknya, tawaduk ialah keberanian untuk tidak menunjuk, ketegasan dalam diam, dan kekuatan untuk tetap berdiri ketika tidak disorak.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menzahirkan nilai ini dalam perjalanannya. Bertahun bersama perjuangan KEADILAN, beliau hadir dalam hampir setiap fasa penting parti sama ada ketika ia ditubuhkan, waktu ditindas, saat berjaya membentuk kerajaan, dan kini di ambang pemilihan yang bakal menentukan hala tuju seterusnya.


Tidak ghairah merebut, tidak gentar menggalas


Namun meskipun berada di tengah medan, beliau tidak melangkah dengan gegak gempita. Sebaliknya, beliau memilih jalan tawaduk dengan mendengar, bermusyawarah, menimbang dan beristigharah. Inilah kepimpinan yang tidak ghairah merebut tetapi tidak gentar menggalas.


Dalam dunia yang semakin menyanjung populariti, tawaduk ialah bentuk kepimpinan yang berpijak di bumi. Ia tidak memerlukan sorakan untuk terus bekerja. Ia tidak menunggu jawatan untuk terus berkhidmat.


Dan barangkali itulah yang paling ditakuti oleh lawan politik, seorang pemimpin yang tidak gentar untuk kalah kerana beliau tidak pernah meletakkan kemenangan sebagai tujuan peribadi.


Parti ini memerlukan pemimpin yang bukan hanya bijak berhujah tetapi ikhlas mendengar. Bukan hanya laju ke hadapan tetapi sedia memikul semua yang tertinggal di belakang.


Kepimpinan bertawaduk bukan kelemahan, ia adalah senjata diam yang paling utuh.



Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan bukannya pendirian rasmi Suara Keadilan

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page