top of page

Keperluan pengangkutan, perubatan mangsa banjir Kelantan dipenuhi



Keperluan perubatan dan pengangkutan lori dan pacuan empat roda bagi negeri yang dilanda banjir terutama Kelantan akan dipenuhi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa ketika ditemui media semasa mengadakan Lawatan Kerja ke Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas pada Khamis berkata, langkah itu dilihat penting bagi memastikan kelancaran tugasan kakitangan KKM untuk membantu mangsa dalam kes-kes kecemasan ketika bencana.

"Kita lihat pengangkutan adalah suatu keperluan kepada jabatan dalam menjalankan tugasan semasa banjir. Kementerian akan memberi keutamaan untuk memenuhi permintaan berkenaan," jelasnya.

Sebelum itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memohon peruntukan kira-kira RM2.7 juta untuk peralatan dan pengurusan banjir di negeri ini.


Antara keperluan utama melibatkan kenderaan iaitu kira-kira RM2.3 juta manakala peralatan perubatan berjumlah RM141,500 dan peralatan bukan perubatan berjumlah RM268,440.


"Kelantan juga diberi keutamaan kerana menjadi antara lokasi yang hampir setiap tahun dilanda banjir. Insya Allah, ia akan diusahakan secepat mungkin dan bergantung kepada bajet yang ada.


"Untuk banjir kali ini, pihak kami banyak dibantu agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari segi pengangkutan," katanya.


Turut serta dalam lawatan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Husin.

Dr Zaliha (kanan) menaiki lori melawat kawasan

Sementara itu Dr Zaliha turut memberitahu, KKM turut menggerakkan 20 pasukan kesihatan mental dan sokongan Psikososial (MHPSS) bagi memberi perkhidmatan sokongan emosi dan bantuan awal psikologi (PFA) kepada mangsa banjir.


Langkah tersebut digerakkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bagi memberi perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial di pusat pemindahan sementara (PPS).


Dr Zaliha bersama pasukan kesihatan kemudian menaiki lori Angkatan Pertahanan Awam ke PPS Gual Periuk, Rantau Panjang yang menempatkan lebih 1,000 mangsa banjir sebelum bergerak ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.


Selepas Perdana Menteri memberi jaminan akan memenuhi keperluan rakyat Kelantan malam tadi, kali ini Menteri Kesihatan pula menyegerakan permintaan pihak berkuasa kesihatan di negeri itu biar pun Kelantan merupakan kawasan pembangkang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page