Walaupun sibuk berdepan tugas membangunkan semula negara, Perdana Menteri terus mengambil peduli nasib dilalui golongan artis veteran.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyampai bantuan peribadi kepada penyanyi popular era 1980-an, Zaiton Sameon, 67, menerusi Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi yang berkunjung ke kediaman pelantun lagu Menaruh Harapan itu di Taman Bukit Indah, Ampang.
"Semoga dengan sedikit bantuan disampaikan dapat mengurangkan bebanan dipikul Zaiton dalam meneruskan kelangsungan hidup.
"Selain itu, kami difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengusahakan bantuan bulanan kepada Zaiton. Permohonannya kini sudah diproses," kata Ahmad Farhan dipetik
Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Pejabat Perdana Menteri, Khairy Maamor serta wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor dan JKM Hulu Langat.
Terdahulu, nasib ditempuhi Zaiton mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Timbalan menterinya, Aiman Athirah Sabu mengadakan ziarah ke kediaman Zaiton pada Isnin dan sekali gus mempertimbangkan bantuan yang boleh dihulurkan kepadanya termasuk Bantuan Warga Emas berkadar RM500 sebulan dan kediaman lebih selesa melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor.
Comments