top of page

Kenyataan tegas PM Anwar mahu Israel dihukum cerminkan suara umat sejagat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 1 min read

ree

Parti Amanah Negara (AMANAH) mendukung kenyataan tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa masyarakat antarabangsa berhenti mengeluarkan kecaman kosong terhadap kekejaman Israel sebaliknya mengenakan hukuman ke atas rejim Zionis itu.


Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kenyataan tegas Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha baru-baru ini mencerminkan suara nurani umat sejagat yang muak dengan keganasan Israel.


"Dunia tidak boleh lagi berdiam diri dengan kecaman kosong tanpa tindakan. Seruan Perdana Menteri agar hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel dihentikan adalah langkah penting ke arah menekan rejim apartheid itu yang terus melanggar undang-undang antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mahfuz, realiti di Gaza hari ini amat menyayat hati apabila keluarga hancur, hospital dimusnahkan dan anak-anak tidak berdosa terus terkorban setiap hari akibat serangan Israel.


"Israel dengan angkuh mengisytiharkan dasar apartheid yang menolak kewujudan Palestin, sekali gus membuktikan rejim itu langsung tidak menghormati hak asasi manusia," katanya.


Dalam masa sama, beliau menyokong desakan Perdana Menteri agar flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak dihalang kerana bekalan perubatan dan makanan perlu sampai segera kepada mangsa yang sedang berjuang untuk hidup.


"Malaysia konsisten dengan pendirian bahawa Palestin mesti dibebaskan dan dunia perlu bersatu menamatkan kezaliman Israel.


"Kami berdiri teguh di belakang Perdana Menteri yang lantang bersuara atas nama keadilan, maruah kemanusiaan dan solidariti ummah," tegas beliau.


“Hentikan apartheid. Hentikan pembunuhan. Bebaskan Gaza, Bebas Palestin.”

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page