top of page

Kenyataan rakyat Selangor tidak perlu keluar mengundi palsu - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14, 2022
  • 1 min read


Kenyataan kononnya Menteri Besar Selangor mengarahkan rakyat negeri itu agar tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 adalah palsu dan berniat jahat.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.


"Telah tular dakwaan saya mengarahkan agar rakyat Selangor tidak keluar mengundi. Dakwaan ini adalah palsu.


"Tindakan ini adalah dakyah serta permainan jahat oleh pihak yang mahu mengelirukan rakyat Negeri Selangor," kata Amirudin dalam kenyataan petang ini.


Beliau turut melampirkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor berkenaan pertemuannya bersama Sultan Selangor dalam majlis menghadap rutin dan membincangkan mengenai perkembangan terbaharu perjalanan pentadbiran negeri



Kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page