top of page

Kenyataan PM bukti beliau yang kotakan janji - Ceupacs



Jaminan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan semakan semula skim gaji serta beberapa elaun tetap penjawat awam yang akan diumum dalam masa terdekat, bukti beliau sentiasa melaksanakan apa dinyatakannya.


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melalui Presidennya berkata, mereka gembira dengan perkembangan itu apa lagi ia diumumkan hanya dalam tempoh seminggu selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan untuk memberikan pandangan dalam soal pelarasan elaun tetap.


"Cuepacs memberi jaminan kesungguhan Perdana Menteri, pasti akan diterjemahkan dengan kualiti perkhidmatan yang terbaik oleh warga perkhidmatan awam.


"Penjawat awam akan menjadi pemudah cara terbaik dalam pemulihan ekonomi negara, selaras dengan usaha Perdana Menteri untuk memulihkan semula ekonomi negara," kata Presidennya, Adnan Mat dalam satu kenyataan.


Beliau sementara itu turut berkata, jaminan diberikan Anwar untuk melaksanakan pelarasan semula skim gaji penjawat awam yang sudah sekian lama dinantikan akhirnya akan menjadi sebuah kenyataan.


Perdana Menteri pada Ahad berkata beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam akan diumumkan dalam seminggu dua lagi dan beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji penjawat awam, minggu hadapan.


Manakala pada 13 Julai, beliau berkata skim gaji penjawat awam akan dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara, dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad, sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page