top of page

Kenyataan perkauman p'raya PBT: AMK lapor polis Pesuruhjaya Pas WP



Oleh: Helmi Mohd Foad


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis ke atas Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya (gambar, dua dari kanan) di atas kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman ketika mengulas cadangan pelaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.


Ketuanya Mohamad Azfar Aza Azhar berkata, kenyataan yang dimuat naik melalui aplikasi X di akaun Pas Pusat itu jika tidak dibendung boleh menyebabkan situasi ketegangan kaum di negara ini.


"Kita faham ada yang setuju dan tidak bersetuju dengan isu pilihanraya kerajaan tempatan tetapi apabila memainkan isu perkauman, menyebut fakta yang salah, kita lihat dia sebut Parlimen Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti bukan Melayu, ini fakta ke laut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur, petang tadi.


Turut hadir ialah Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan.


Terdahulu dalam kenyataannya, Azhar dipetik sebagai berkata, hal yang dibimbangkan jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diadakan akan berlaku monopoli kaum, khususnya Cina dalam menguasai kerusi PBT di Kuala Lumpur.


Dakwa beliau sebagai bukti Parlimen Kepong, Seputeh, Cheras Bukit Bintang, Segambut dikuasai DAP manakala Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak adalah kawasan campuran yang majoritinya dikuasai kaum selain Melayu.


Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dari DAP yang mencadangkan pilihanraya PBT boleh dimulakan di Kuala Lumpur.


Mengulas isu itu, Azfar berkata kenyataan pemimpin Pas itu jelas cuba melaga-lagakan hubungan antara kaum dan dakwaan tersebut bersifat serius bertujuan mengancam ketenteraman awam.


"Kenyataan itu juga berbaur fitnah kerana jumlah pengundi di Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak masih lagi bermajoriti orang Melayu.


"Kami mahu dakwaan tersebut disiasat dan diambil tindakan sewajarnya di bawah Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 500 kerana membuat jenayah fitnah dan Seksyen 504 kerana membuat kenyataan bertujuan menggugat ketenteraman awam," katanya.


Dalam pada itu, Andre Lai (gambar, tiga dari kanan) pula berkata, isu pilihanraya PBT merupakan satu proses demokrasi sama ada ia dilaksana atau tidak buat masa sekarang, isu perkauman tidak sepatutnya disebut.


"Ia berbau perkauman dengan sebab perkataan seperti menyebut perkataan 'akan dikuasai oleh DAP dan kaum bukan Melayu'," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page