Kenyataan Mukhriz tunjuk ketidakmatangan berpolitik - Halimey

Updated: Jan 7



Kenyataan Presiden Perjuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersenda Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya era kepimpinan beliau telah berlalu dilihat berniat jahat dan mempamerkan ketidakmatangan berpolitik.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, Mukhriz sengaja terlupa bencana yang melanda negara dengan berpuluh ribu korban Covid 19 dan kelemahan urustadbir Kerajaan Persekutuan berpunca daripada peletakkan jawatan bapa beliau, Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 7 kerana enggan menyerahkan kuasa kepada Anwar.


Namun dalam keadaan itu pun, kata Halimey, KEADILAN Selangor misalnya tidak memusuhi Pejuang, sama ada pimpinan atau ahlinya.


"Belajarlah menghargai toleransi yang telah ditunjukkan KEADILAN, walaupun Pejuang bukanlah parti komponen Pakatan Harapan di Selangor, Ahli Dewan Negeri parti itu diberi peruntukan sama rata dan bebas menjalankan program politik tanpa sebarang sekatan.


"Mana mungkin ini berlaku kalau bukan hasil dari jiwa besar KEADILAN di bawah pimpinan Datuk Menteri Besar Selangor, Saudara Amirudin Shari yang sudah pastinya mendapat restu dari Presiden, tidak lain tidak bukan saudara Anwar Ibrahim yang Mukhriz hina seolah sudah tidak relevan di persada politik tanah air," katanya.


Tambah Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu lagi, sebelum mendakwa PH memerlukan kepimpinan baharu dan mengkesampingkan Anwar, lebih baik beliau bermuhasabah mengapakah kepimpinan beliau sendiri sebagai Menteri Besar Kedah tidak pernah kekal sehingga habis penggal.


"Hari ini apa jua yang Mukhriz nyatakan tidak akan mampu memadam lipatan sejarah, beliau menang Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi Menteri Besar Kedah hasil dukungan jentera KEADILAN yang mengangkat idealisme serta perjuangan panjang saudara Anwar melawan kezaliman penguasa.


"Tetapi bak kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Saudara Hassan Abdul Karim, sehebat-hebat Mukhriz anak bangsawan ini beliau tidak dapat melindungi fakta bahawa telah dua kali dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah di pertengahan jalan," katanya.


Di samping itu, Halimey juga mengingatkan agar Mukhriz dan bapanya tidak seperti kacang melupakan kulit, menjadi Perdana Menteri kerana ihsan dan atas dasar menepati janji pimpinan KEADILAN tetapi akhirnya mengecam parti yang menolong mereka.


"Ada baiknya Saudara Mukhriz mengelak dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang akhirnya memperlekehkan diri sendiri.

"Tidak semua ahli politik beruntung lahir dalam keluarga bangsawan seperti beliau namun berhentilah menghina perjuangan dan pengorbanan Saudara Anwar yang mengangkat nasib dan maruah golongan rakyat marhaen.


"Kalau tidak mampu memahami, sekurang-kurangnya belajarlah menghormati dan cermin diri sendiri," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER