top of page

Kenyataan LCJ dibidas, PM tidak pernah gelar Hamas pengganas



Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan dakwaan Concerned Lawyers for Justice (CLJ) kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengkategorikan Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas.


Fahmi berkata, beliau mengikut dengan teliti kenyataan Perdana Menteri sama ada di Parlimen, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau syarahannya di University of California, Berkley dan tidak pernah sekali pun Anwar menyebut atau membayangkan Hamas sebagai organisasi bersifat pengganas.


"Mana ada kenyataan baru-baru ini. Mana ada dia cakap, walaupun di Parlimen.


"Ini (dakwaan CLJ) satu sindiran, beliau tidak pernah menyindir (sedemikian). Kita mengutuk semua tindakan keganasan," kata Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan kepada media Malaysia di San Francisco.


Dalam satu kenyataan, CLJ mendakwa Anwar telah menyindir bahawa Hamas merupakan sebuah organisasi pengganas dan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap perkara itu.


Fahmi sementara itu menggesa CLJ meneliti semula dan memperbetul dakwaan tersebut.


Sebagai rekod, Anwar konsisten membela perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka dari serangan udara dan darat berterusan oleh rejim Israel.


Malah beliau menyuarakan situasi itu ketika menyertai Majlis Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengahari Pemimpin Ekonomi APEC yang turut disertai Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden serta seluruh pemimpin ekonomi anggota.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page