top of page

Kenyataan 'Black Friday' Takiyuddin keterlaluan - JPPA KEADILAN



Kenyataan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan semalam yang menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sejarah hitam untuk Islam dan negara dianggap melampau.


Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata, gelaran ‘Black Friday’ diberi oleh Ahli Parlimen Kota Bharu itu seolah-olah menggambarkan perundangan syariah di negara ini telah mati atau menuju masa depan gelap gelita.


Tegasnya, gambaran itu boleh disalah ertikan sebagai memperkecil usaha yang dilaksana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memperkasa undang-undang syariah melalui jawatankuasa mengkaji kompetensi DUN menggubal undang-undang Islam yang diperkenankan baginda baru-baru ini.


Jelas Amidi, jawatankuasa itu yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dibentuk untuk mengelakkan pertikaian undang-undang sivil dan syariah seperti berlaku dalam kes Nik Elin berulang.


"Inilah sinar baharu bagi mendaulatkan undang-undang syariah diusahakan kerajaan jauh daripada kepentingan politik sempit kepartian," kata mantan Presiden ABIM itu dalam kenyataan.


Terdahulu pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.


Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota.


Nik Elin dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen berkenaan ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.


Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.


Dalam kenyataan sama Amidi turut menegaskan, Takiyuddin ketika menjadi menteri undang-undang antara tahun 2020 hingga 2021 seharusnya bertindak mengharmonikan antara kedua-dua undang-undang berkenaan tanpa perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan.


Tambahan pula sebelum itu Presiden Pas, Hj Hadi Awang telah pun membawa usul persedirian untuk menambah baik Akta 355 yang menjadi asas undang undang Islam Malaysia tetapi menghentikannya sebaik sahaja Pas menganggotai Kerajaan Persekutuan.


"Ini ditambah apabila Presiden Pas Hadi Awang sendiri menangguhkan usul persendiriannya berkaitan RUU 355 yang mengandungi hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah yang lebih berat, ia menjauhkan Mahkamah Syariah dari fungsi sepatutnya," kata Amidi lagi.


Sebagai rekod, Nik Elin dan Tengku Yasmin Nastasha memfailkan petisyen mereka pada Mei 2022, ketika negara ditadbir kerajaan PN yang turut disertai Pas di dalamnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page